Kisah Anak Muda

Monumen Taj Mahal merupakan simbol percintaan agung dari Shah Jahan buat isterinya Mumtaz – ia menjadi lambang pengorbanan dan dedikasi agung sehingga akhir hayat beliau. Begitu juga saya umpamakan pergerakan Undi18. Rasa cinta dan dedikasi anak muda terhadap negara boleh dizahirkan melalui peluang yang dibekalkan oleh organisasi belia seperti Undi18.

Rasanya ramai yang arif dengan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang, di mana Sultan Mahmud Shah sanggup menuruti kesemua syarat puteri tersebut kecuali semangkuk darah anakanda beliau, Sultan Ahmad Shah., Melaka iaitu anak Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak. Bayangkan usaha yang diberikan oleh Sultan Mahmud Shah menjadi inspirasi kepada zaman percintaan pada masa kini. Kesanggupan untuk melakukan apa sahaja boleh dikaitkan dengan  Anak muda yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak mempunyai apa-apa tetapi masih mahu memberikan segalanya dan itulah cinta.Misalnya, majoriti sukarelawan bagi program imunisasi ialah merupakan ahli belia. Siapa sangka pada umur yang sangat muda mereka sanggup mengambil risiko dengan turun ke pusat imunisasi dan membantu golongan kurang upaya serta warga emas tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Ini menunjukkan bahawa di saat pandemik dan kritis ini, belia tidak berputus asa dan sanggup melakukan apa sahaja supaya kita menang di penghujungnya.

Anak muda juga sanggup mengorbankan tenaga demi meneroka peluang yang baharu. Bukan itu sahaja, anak muda sanggup korbankan wang untuk membeli data semata-mata untuk mendapatkan akses internet. Mereka sanggup belajar menggunakan telefon pintar walaupun tidak tahu bagaimana menulis ciapan di Twitter pada peringkat awal. Mereka juga sanggup mengumpul wang demi menyara hidup dalam apa jua cara walaupun harus menunggang motor dan bekerja sambilan sebagai penghantar makanan, barangan dan pemandu seru-pandu.

Undi18 percaya bahawa anak muda adalah tunjang pada pembangunan negara. Rasa cinta anak muda terhadap bangsa dan negara mereka sebenarnya berupaya menentukan hala tuju, dan terus memacu pembentukan negara mereka. Semakin banyak pengorbanan yang dilakukan semakin tinggi cinta seseorang terhadap sesuatu perkara.Kita lihat sahaja pada contoh yang ditunjukkan oleh 18 orang anak muda yang memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan SPR. Ini bukan kerana mereka mahukan kuasa, wang tunai mahupun publisiti, tetapi kerana mereka merasakan bahawa anak muda tidak diberi peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia, sekaligus berupaya menzahirkan rasa cinta terhadap negara, kerajaan Malaysia dan SPR bukan kerana mereka mahukan kuasa, wang tunai, publisiti malah keputusan ini dibuat kerana anak muda tidak diberi peluang untuk mereka berjuang demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara. Saya sertakan bersama kuplikan puisi Hidup Bersama oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said, seperti yang di bawah:

Kita datang bersama anak-anak yang sedia menyanyi, sihat, teguh bertekad dan berani, mengelilingi tasik, mendaki gunung, kita mengajar mereka berjiwa besar dan berbakti, Tanah air akan indah, megah dan bermaruah jika kta bekerja dan berikrar hidup bersama.”

Jadi izinkan anak muda untuk menjadi sebahagian dalam pembangunan negara. Izinkan mereka untuk menzahirkan rasa cinta mereka terhadap  negara dan bangsa. Ya, kamilah yang turun padang dan protes bersama di bawah panas matahari yang terik, ye! Kami jugalah yang menguasai platform sosial media untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan situasi semasa, dan ya, kami adalah anak muda. Masih banyak perkara yang perlu kami belajar tetapi kami tidak boleh melakukannya jika kami tidak diberikan peluang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: